metod dakwah saudara baru



terdapat berbagai metod atau cara berdakwah kepada golongan saudara baru sebenarnya. Disini saya hanya sempat mengemukakan beberapa metod atau cara kepada saudara baru dengan pembaca sekalian. Antara metod kepada saudara baru ialah:
i) Kelas fardhu ain
- Ilmu fardhu ‘ain ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap orang Islam. Ia merupakan tanggungjawab individu. Dalam fardhu ain ada Tauhid yang menghurai tentang aqidah, ada Fiqh yang membincang tentang syariat dan ada Tasauf yang menerangkan tentang akhlak. Kesemua ini mesti dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu Islam termasuklah golongan saudara baru. Kelas fardhu ain dan kelas al-Quran diadakan bertujuan untuk member pendedahan awal tentang fardhu ain kepada saudara baru khususnya kepada mereka yang baru mengenali Islam. Antara lain program ini membantu saudara baru dalam mempraktikkan ajaran Islam. Contohnya cara-cara berwuduk, cara bersuci, dan sebagainya. Kelas-kelas pengajian ini juga mampu meningkatkan kefahaman tentang Islam kepada golongan tersebut. Pengisian didalam kelas ini juga ialah mempelajari ilmu fardhu ain seperti pengenalan ilmu fiqah, akhlak Islam dan juga pengenalan kepada al-Quran.
ii)Kursus intensif fardhu Ain
- Kursus intensif fardhu Ain bertujuan membimbing saudara baru kearah memahami dan menghayati ajaran Islam yang sebenar. Program ini mampu memupuk percambahan ilmu agama di kalangan saudara baru serta mengikis pandangan serong atau negatif mereka terhadap agama Islam. Selain itu juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan saudara baru dan juga tenaga pengajar. Pengisian yang terdapat dalam kursus intensif fardhu ain ini ialah pengajaran asas-asas al-Quran dan fardhu ain serta teori dan praktikal solat.
iii)majlis tilawah al-Quran dan Muqaddam
- majlis tilawah al-Quran dan Muqaddam bertujuan menyelitkan kepentingan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. dalam kehidupan di dunia dan di akhirat kelak. Di antara lain juga program seperti ini mampu mengeratkan hubungan sesama umat Islam dan saudara baru khususnya. Selain itu juga majlis tilawah al-Quran dan Muqaddam juga member peluang kepada mana-mana saudara baru yang layak menguji kebolehan masing-masing dalam pengajian al-Quran.

Program pemantapan akidah
i)majlis ilmu
Majlis ilmu bertujuan menerapkan kefahaman Islam secara jelas kepada saudara baru yang terlibat. Kesannya saudara baru dapat mengikis sangkaan buruk serta dapat membuka minda agar mereka barsifat terbuka dalam menghayati kesyumulan ajaran Islam yang suci.

Pemberian Zakat
Zakat merupakan satu instrument penting dalam membantu golongan saudara baru. Melalui bantuan ini, mereka akan terus dibela baik dari segi fizikal mahupun spiritual agar hati mereka akan terus bersama Islam. Sememangnya apabila kita membicarakan tentang penerima agihan zakat, ia tidak dapat lari daripada memperkatakan tentang asnaf saudara baru sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah at-Taubah ayat 60 yang bermaksud:

Maksudnya: Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, Para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Al-Qurdawi dalam tafsirnya menjelaskan bahawa ayat di atas secara jelas dan terang telah menyenaraikan senarai yang berhak menerima zakat antaranya ialah golongan saudara baru. Oleh hal demikian ayat diatas menunjukkan bahawa zakat seharuslah diberikan kepada asnaf saudara baru supaya dapat meringankan beban atau membantu mereka yang memerlukan bantuan untuk keluar daripada kepompong masalah yang dihadapi tetapi ia bukannya bersifat berterusan. Pemberian zakat juga merupakan satu insentif atau galakan kepada golongan saudara baru ini agar hati mereka terus dekat dan cenderung ke arah cahaya keimanan. Selain itu pemberian zakat dapat menarik minat golongan orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam.

No response to “metod dakwah saudara baru”

Post a Comment