HUKUM SUARA PENYANYI LELAKI DAN WANITA


Syihabuddin Al-qalyubi di dalam kitabnya Qalyubi wa umairah – suara perempuan adalah aurat. suara wanita adalah haram sekiranya ditakuti boleh menimbulkan fitnah dan melazatkan pendengar. Selain itu bacaan al-Quran yang ditakuti menimbulkan fitnah juga adalah haram. wanita perlu bersuara keras apabila bercakap dengan lelaki asing( lelaki yang tidak dikenalinya) agar tidak menimbulkan fitnah.
Al-mawardi – suara wanita yang tidak ada fitnah maka hukumnya adalah makruh. Manakala Al-Halimi ( sahabat imam shafi’i) – nyanyian wanita untuk lelaki adalah haram dan juga sebaliknya iaitu nyanyian lelaki untuk wanita. Imam al-Shafi’I pula ialah harus sekiranya tidak timbul fitnah padanya.: Bukhari dan muslim meriwayatkan hadis iaitu bahawa Nabi S.A.W mendengar nyanyian dua orang hamba perempuan dan Baginda tidak melarang bahkan Baginda bersabda kepada Abu Bakar “biarkan mereka”
Dr zulkifli Abdul Ghani (Jabatan Pengajian Dakwah dan kepimpinan , fakulti pengajian Islam, UKM) mengatakan tiada permasalahan tentang suara wanita itu adalah aurat sekiranya mesej, persembahan dan tujuan mereka dibatasi oleh batas syarak apatah lagi memberi keinsafan.
Dr Wahbah az-Zuhaili dalam buku Fiqh Islam, bab Solat, topik Suara Wanita telah menulis bahawa suara wanita di sisi kebanyakan para ulama bukan aurat kerana para sahabat sering kali mendengar suara isteri nabi untuk mempelajari ilmu-ilmu agama dari mereka. Namun mendengar suara wanita yang dengan sengaja dilunak-lunak dan didendangkan adalah haram, kerana akan menimbulkan fitnah.

Seorang wanita Islam boleh menjadi penyanyi dengan syarat-syarat berikut;
1. Lagu-lagu yang dinyanyikan adalah lagu-lagu yang dibenarkan oleh Islam iaitu lagu-lagu yang mengandungi nasihat yang baik dan bukan lagu-lagu yang mempromosi hiburan yang sia-sia, nafsu, memuja kekasih dan akhlaq yang keji yang dilarang oleh Islam.
2. Dia menyampaikannya dengan gaya penyampaian yang menarik nafsu baik melalui suara atau lenggang lenggok tubuhnya dan tidak pula menyampaikannya di tempat-tempat yang bersyubahat kepada maksiat.
3. Dia wajib menjaga tingkah laku sosialnya seperti pemakaiannya, adab hubungan antara lelaki dan penampilan di media-media sejajar dengan tuntutan Islam. Selain ini merupakan kewajiban peribadi baginya, ia juga bertujuan agar dia tidak menjadi contoh yang tidak baik kepada peminatnya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang mengajak ke arah kesesaatan maka di atasnya dosa sama seperti dosa orang yang mengikutnya, tidak sedikit pun berkurang dari dosa-dosa mereka.” (Riwayat Muslim)
Di zaman sains dan teknologi yang serba canggih, umat Islam menghadapi cabaran yang begitu kuat daripada media massa. Media mempamerkan segala-galnya tidak kira baik atau buruk, berfaedah atau tidak, membina atau merosakkan, dan... dan... TV, radio, kaset dan seumpamanya menyerang rumah-rumah umat Islam. Tidak mungkin lagi media-media tersebut dipisahkan daripada kehidupan masyarakat moden. Justeru itu tiada jalan lain pada pendokong-pendokong perjuangan Islam selain daripada mencari galang ganti kepada bentuk-bentuk seni yang bertentangan dengan Islam. Umat Islam mesti mengorak langkah di dalam bidang-bidang seni untuk memaparkan alternatif Islam kepada masyarakat. Filem-filem Islam, drama-drama Islam, dokumentari Islam, hiburan Islam seperti lagu-lagu dan nasyid Islam perlu menggantikan hiburan-hiburan dan siaran-siaran jahiliah yang teramat berleluasa sekarang ini.

One response to “HUKUM SUARA PENYANYI LELAKI DAN WANITA”

Anonymous said...

Izinkan saya untuk menyebarkannya :)

Blog saya: http://kautharkay.blogspot.com

Post a Comment