kanoute, pemain bola Islam yang hebat...


Kanoute dikatakan telah mengeluarkan wang sebanyak 510,860 euros untuk menyelamatkan satu-satunya masjid di Sevilla. Masjid tersebut dikatakan terpaksa dijual apabila kontrak dengan persatuan Islam tempatan di Sevilla tamat. Namun begitu, Kanoute telah membuat satu langkah yang mengkagumkan dengan membeli terus masjid tersebut daripada majlis daerah Sevilla.

Yang lebih mengkagumkan ialah apabila diminta membuat komen mengenai hal ini, Kanoute tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengiakan pembelian masjid tersebut. Ternyata Kanoute mengamalkan sikap tangan kanan memberi, tangan kiri pun tak tahu. Ternyata sangat berbeza dengan perangai pemain bola sepak negara lain yang kecoh satu kampung sedangkan buat kerja amalnya seciput sahaja.



Untuk pengetahuan anda, Kanoute telah memeluk Islam 10 tahun yang lepas. Semasa bulan Ramadhan yang lepas, ramai penyokong-penyokong Liga Sepanyol kagum dengan kehebatan Kanoute yang beraksi gagah sambil berpuasa. Malah pada musim yang lalu, Kanoute telah berjaya menjaringkan 20 gol. Ternyata puasa bukanlah satu halangan buat pemain Sevilla ini.

Dikatakan juga yang Kanoute tidak pernah mengabaikan sembahyangnya. Dia dilihat sering bersembahyang walaupun di bilik persalinan sebelum atau selepas sebuah perlawanan. Malah pernah timbul kekecohan apabila Kanoute tidak mahu memakai jersi Sevilla kerana mempunyai sponsor syarikat perjudian pada baju tersebut.

syabas kepada kanoute. dan selamat maju jaya dalam bidang yang diceburi..

No response to “kanoute, pemain bola Islam yang hebat...”

Post a Comment