DAKWAH MELALUI LAYANAN EMOSI


Chaplin (1985) mentakrif emosi sbg keadaan bangkitan yg dialami oleh organisma yg melibatkan bbrp perubahan pada kesedaran dan tingkah lakunya. Dalam konteks dakwah menyatakan emosi tertentu supaya memberi kesan kpd sasaran.Antara emosi manusia ialah takut,marah, sedih, ngeri, menjijikan, suka, gembira, seronok dll.Emosi membantu dalam dakwah, melalui emosi akan mengarah sasaran kpd mesej yg ingin disampaikan.Contoh mengarah sasaran kpd perasaan benci, perasaan sayang, simpati dan lain2.
Emosi adalah ketidakseimbangan yg berlaku dlm diri manusia yg memberi kesanpada kesedaran, tingkahlaku dan fisiologi diri.Contoh seseorang yg dimarahi akan berlaku perubahan pada dirinya, dr segi kesedaran, fisiologi dan tingkahlakunya.Fungsi emosi kepada diri adalah:Sebagai memberi tenaga kpd sesuatu tindakan pada t.laku.Informasi yg menggambarkan gejala emosi Isyarat kpd orang lain.Kesan kpd sesuatu yg berlaku pd diri.

EMOSI-EMOSI DLM DAKWAH

Takut
Takut adalah perasaan yg biasa bagi manusia. Manusia merasa takut apabila ada sesuatu yg merbahaya dan memudharatkan.

Firman Allah: Surah al Sajdah 16
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur krn mengerjakan sembahyang dan sebagainya, mereka sentiasa berdoa kpd Tuhan mereka dgn perasaan takut akan kemurkaanNya dan mereka selalu mendermakan apa yang Kami berikan mereka.


al Zumar 16
Bagi orang-orang kafir disediakan lapisan-lapisan dati api yg menyerukup di atas mereka dan lapisan-lapisan api di bawah mereka. Dengan azab yg demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya oleh itu bertakwa kpdKu Wahai hambaKu

Surah al Naml. 87
Dan ingatlah pada hari ditiupkan Sangkakala, lalu terkejutlah dengan gerun gementar mahkluk yg ada dilangit dan dibumi, kecuali mereka yg dikehendaki Allah dan kesemuanya akan datang kepedaNya dengan keadaan tunduk dan patuh.


Marah

Marah adalah perasaan yg wujud dalam diri yang boleh kesan negatif dan juga positif.Terdapat berbagai keadaan perasaan ini dalam diri manusia:
Hadith nabi: Sesungguhnya ada orang yg lambat marah cepat hilang, ada yg cepat marah dan cepat hilang, ada yg lambat marah dan lambat hilang. Sesungguhnya yg terbaik ialah yang lambat marah dan cepat hilang dan yg terburuk ialah yang cepat marah dan lambat hilang.
Terdapat keaadaan marah perlu digunakan: Firman Allah:
Dan apabila Nabi musa kembali kpd kaumnya dengan marah dan berdukacita dia berkata: Amatlah buruk apa yang kamu lakukan sepeninggalanku.. Al A’raf 150
Begitu juga yg menerangkan Rasulallah marah setengah sahabatnya yg meminta sesuatu dipertahankan.
Hadith yang meminta orang Islam supaya tidak marah:
Seorang lelaki meminta Nabi SAW memberi suatu nasihat, maka Nabi SAW berpesan kpdnya dengan katanya: Janganlah kamu marah, Nabi SAW mengulangnya beberapa kali dengan katanya: Janganlah kamu marah. (Hadith Bukhari)
Olehitu emosi marah mestilah digunakan dengan sebaik2nya supaya ia memberi kesan dlm konteks dakwah.

Perasaan Bimbang dan Dukacita
Bimbang dan dukacita adalah sesuatu yg dialami oleh manusia apabila berhadapan dengan sesuatu yg tidak diingini dan merugikan.
Dalam Al Quran mnejelaskan tentang perasaan ini: Surah Yusuf 86
Nabi Yaakob menjawah, sesungguhnya kau hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kpd Allah dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya.
Ayat di atas menjelas kedukacitaan nabi Yusuf yg kehilangan anak yg dikasihinya Nabu Yusuf as.Emosi dilalui olehnya dengan penuh kesabaran.
Firman Allah dlm Al Imram 139:
Dan janganlah kamu berasa lemah dlm mmeperjuangkan Islam dan janganlah kamu berdukacita terhadap apa yg menimpa kamu kerananya, padahal kamulah orang yang tinggi dan termulia jika kamu orang yang beriman.
Ayat memberi pesanan supaya membuang perasaan dukacita dalam mmeperjuangkan ajaranNya.


Perasaan Suka dan Gembira
Begitu kegembiraan yg Allah memberi peringatan sebagaimana Firman Allah:
Allah memewahkan rezeki kpd siapa yg dikehendakiNya, dan dia juga menyempitkannya. Orang yg ingkar itu bergembira dengan kehidupan dunia, sedangkan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yg kecil dan tidak kekal berbanding dengan kesenangan di hari akhirat (al Ra’d 26)

Sesungghnya Qarun adalah kaum Nabi Musa (a.s) kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap kaumnya itu. Dan kami telah menguniakannya dgn berbagai jenis kekayaan yg anak-anak kuncinya sgt menjadi beban yg berat utk dipikul oleh sejumlah orang yg kuat sasa. Kerana kesombongannya kaum berkata: Jangan kamu bergembira dan bermegah dgn kekayaanmu, sesungguhnya Allah tidak suka kpd orang bergembira bermegah-megah. (Al Qasas : 76)

Manusia dibenarkan bergembira pada perkara yg sepatutnya. Sebagaimana Firman Allah:
Katakan wahai Muhammad, kedatangan al Quran itu adalah semata-mata dgn limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dgn isi kandungan al Quran itulah hendaknya mereka bersukacita, kerana ia lebih baik drpd apa yg mereka himpunkan. (Yunus :58)

Begitu juga digambarkan kegembiraan orang yg beriman bersama ahli keluarga.

Dan dia pergi kpd keluarganya dengan sukacita (al Insyiqaq 9)

Perasaan gembira dan sukacita adalah emosi yg wujud dlm kehidupan seharian. Dalam konteks dakwah emosi ini boleh digunakan dalam penyampaian mesej dan tingkahlaku seharian.

Kasih sayang
Manusia mempunyai naluri suka dan kasih kpd sesuatu dalam hidup mereka. Dalam diri wujud perasaan kasih pd sesama manusia, keluarga, anak, benda yg dimiliki dan lain.
Ini dijelaskan dalam al Quran:
Dihiaskan kpd manusia kesukaan kpd benda-benda yg diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan, anak pinak, harta benda yg bermacam-macam yg terdiri drpd emas,perak, kuda peliharaan yg baik, binatang ternakan, kebun tanaman. Semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah ada tempat kembali yg sebaik-baiknya. (Al Imran :14)

Dan sesungguhnya ia melampaui sangat harta secara haloba. (al Adiyat :8)

Benci

Perasaan benci wujud apabila kpd berhadapan dengan sesuatu yg tidak sama apa yg ingini dan sukai.Motif yang berlainan dan persaingan menyebabkan manusia membenci dan bermusuh antara satu dgn lain.Perasaan benci memberi kesan positif sekirannya digunakan pada perkara sepatutnya begitu juga sebaliknya.
Firman Allah :
Kamu diwajib berperang utk menentang pencerobohan, sedangkan peperangan itu ialah perkara yg kamu benci, dan boleh jadi kamu benci pada sesuatu pada halia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Allah jualah yg mengetahui semuanya iatu sedangkan kamu tidak mengetahuinya. (al Baqarah :216)

Hasad dengki
Perasaan hasad dengki wujud dlam diri manusia.Terdapat dua jenis hasad dengki:
- Perasaan tidak senang melihat orang lain melebihinya dalam sesuatu dan berusaha supaya kelebihan hilang drpd orang tersebut.
- Perasaan tidak suka kpd nikmat yg diperolehi orang lain tetapi tidak berusaha menghilangkannya.
Perasaan hasad dengki yg pertama ditegah firman Allah:
Atau patutkah mereka dengki sesama manusia iaitu Nabi Muhammah dan umatnya disebabkan nikmat yg Allah telah berikan kpd mereka, krn sesungguhnya kami telah memberikan kpd keluarga Ibrahim kitab dan hikmah dan kami telah memberikan mereka kerejaaan yang besar. (Al Nisa’ : 54)

Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan kedengkiannya. (al Falaq 5)

Maka nafsu jahat Qabil mendorongnya sehingga tergamak membunuh saudaranya, lalu dibunuhnya, maka menjadilah ia golongan yg rugi. (Al Maidah 30)

Menguasai emosi
Emosi yg wujud dalam diri mesti dikawal supaya emosi tersebut memudharatkan diri dan orang lain sebaliknya menberi kebaikan dan meningkatkan ketaqwaan kpd Allah.Terdapat emosi yg harus di kawal antaranya emosi takutkan mati, takutkan kemiskinan, marah dan perasaan sedih

Emosi takutkan mati


Kematian akan dilalui oleh setiap orang yang hidup mengikut ketentuan Allah.
Emosi takutkan akan kematian tidak sepatutnya menyebabkan seseorang tidak berani, tidak bermotivasi, pesimis dalam hidup dan takut sesuatu yg berisiko.
Oleh itu emosi ini menjadikan lebih bekerja dan berusaha melakukan sesuatu yg baik sebelum kita menghadapi kematian.

Takut kemiskinan


Dalam diri individu wujud perasaan takutkan berlaku kemiskinan dan kepapaan. Ini menyebabkan mereka tidak membelanjakan harta mereka pada jalan kebaikan.
Perasaan ini juga wujud spt kita risaukan kepapaan sekiranya dikurniakan zuriat yg ramai. Ini menyebabkan risau bagaimana nak menyara anak yg dikurniakan Allah.
Ini dijelaskan dlm firman Allah:
Sesungguhnya Allah, dia sahaja yang memberi rezeki kpd sekelian makhlukNya dan Dia sahajalah mempnyai kekuasaan yg tidak terhingga lagi yang Amat Kukuh Kuat Kekuasaannya. (Al Zariyat 58)

Dan tiadalah sesuatupun dr makhluk-makhluk yg bergerak di buni melainkan Allah jualah yg menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat dalam kitab dengan nyata. (Hud :6)

Dukacita

Perasaan dukacita dan sedih sering dialami dalam kehidupan seharian.
Kita merasa sedih dan dukacita apabila ditimpa sesuatu kemalangan atau musibah spt kesakitan, kehilangan, kesusahan. Ini memberi kesan psikologi kepada individu yg sedang berdukacita dan kesedihan. Oleh itu perasaan ini perlu diurus dengan baik supaya tidan memudaratkan diri.
Seseorang ditimpa perasaan dukacita dan sedih hendaklah menyedari sesuatu yg berlaku adalah ujian drpd Allah serta hendaklah bersabar menghadapinya. Di samping hendaklah memperbanyakkan berdoa kpd Allah supaya dihindarkan perasaan ini serta memberi kekuatan utk menghadapi ujian dalam kehidupan.

ujilah minda ANDA...............


Ujian minda
Betapa cekapnya anda!!

Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?


M ari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....



Ready? GO!!! (lihat bawah)












Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?





~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~





Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?

Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)



~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~





Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?


Adakah anda pantas dan cerdik, terus soalan ketiga?






Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...



Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10... Berapa kah jumlah semua?


Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..









~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebenar adalah 4100.



Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan h ari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba .



Soalan keempat:

Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?







~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~

Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!



Okay, cuba jawab soalan bonus:

Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?








~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~




Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati

Mudah sahaja.



HANTARKAN KEPADA BIJAK PANDAI YANG LAIN ATAU KEPADA YANG MERASAKAN DIRI MEREKA BIJAK.HEHEHE

DAKWAH MELALUI PENEGUHAN


Peneguhan adalah mewujudkan sesuatu rangsangan yg boleh mempengaruhi tingkahlaku manusia. Rangsangan yg berbentuk pengajaran, pujian, rangsangan sosial akan memberi t/balas kpd penerima rangsangan. Dalam dakwah peneguhan boleh digunakan utk mempengaruhi sasaran kpd tingkahlaku yang dikehendaki. Melalui peneguhan t.laku boleh dipertingkatkan dan peneguhan juga boleh digunakan utk menghalang dan mengurangkan keberangkalian sesuatu tingkahlaku.
Firman Allah; al Maidah: 4
Di halalkan bagimu (makanan) yg baik-baik dan apa-apa yg kamu mengajar dr binatang-binatang penangkap pada hal kamu membiasakan mereka memburu, kamu mengajar mereka dr apa yg Allah telah ajarkan kpd kamu, maka makanlah apa yg telah ditangkap buat kamu, sebutlah nama Allah ke atasnya.
Jenis Peneguhan
- Peneguhan dibahagikan kpd 2 jenis:
i. Peneguhan Positif (positive reinforcement)
ii. Peneguhan Negatif (negative reinforcement)
- Peneguhan digunakan utk mempertingkatkan dan menggalakkan sesuatu tingkahlaku yg baik maka peneguhan boleh digunakan utk mempengaruhi sasaran.
Contoh: Ayah ingin menggalakkan anaknya berpuasa.Sekiranya anak cukup berpuasa sebulan ayah akan memberi RM 100 sebagai hadiah. RM 100 itu sbg peneguhan.
Peneguhan Positif
- Peneguhan positif dlm kajian ahli psikologi behaviorisme adalah rangsangan yg diberikan kpd individu utk mempertingkatkan sesuatu t.laku yg dikehendaki.
- Apabila peneguhan positif diberikan, ini akan merangsang sasaran utk meningkatkan sesuatu t.laku.
Contoh: apabila ganjaran (reward) kpd individu utk mempertingkatkan dan memperbaiki t.laku sasaran.
- Peneguhan positif boleh diberikan dlm bentuk material, kemudahan hidup, pujian, rangsangan sosial dll.
Peneguhan Dalam al Quran
- Di dalam al Quran terdapat ayat-ayat rangsangan supaya meningkatkan keimanan, meningkan amalan dan menghindarkan larang-larangan.
- Ini adalah bentuk peneguhan bagi merangsang sasaran melakukan perkara kebaikan dan menghindarkan kejahatan kearah kesejahteraan hidup manusia.
- Firman Allah:
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang yg beriman serta mengerjakan amalan-amalan soleh ke dalam syurga yg mengalir dibawahnya beberapa sungai dan sebaliknya orang-orang kafir menikmati kesenangan dunia mereka makan minum sebagaimana binatang ternakan makan minum, sedangkan nerakalah menjadi tempat tinggal mereka nanti. (Al Haj : 23)
- Melalui peneguahn positif boleh merangsang sasaran meningkatkan keimanan, melalukan amalan soleh, menuntut ilmu, berjihad berakhlak mulia dll.
1. Supaya beriman dan beramal.
Firman Allah:
Orang-orang yg beriman serta beramal soleh kami masukkan di dalam syurga yg mengalir dibawahnya beberapa sungai, mereka kekal selama-lamanya, mereka beroleh pula di dalam syurga pasangan-pasangan yg suci bersih, serta kami masukkan merka di tempat yg teduh dan sentiasa dinaungi. (al Nisa’: 57)
- Ayat di atas peneguhan positif sebagai rangsangan meningkatkan keimanan serta amal soleh dan Allah menjanjikan syurga dengan segala nikmat didalamnya sebagai balasan.
2. Supaya bertaqwa kpd Allah
- Peneguhan juga digunakan sebagai rangsangan supaya meningkatkan ketaqwaan kpd Allah.
- Firman Allah:
Dan sesiapa yg bertaqwa kpd Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan yg menyusahkannya, serta memberi rezeki dr punca yg tidak terlintas dihatinya, dan ingatlah sesiapa yg berserah diri kpd Allah, maka Allah cukupksn baginya utk menolong dan menyelamatkannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yg dikehendakinya. Allah telah pun mementukan kadar dan masa bagi berlakunya setiap sesuatu. (al Talaq :2-3)
- Ayat di atas merangsang sasaran supaya bertaqwa kpd Allah maka Allah akan memberinya jalan keluar dr segala kesusahan memberi rezeki dr jalan yg tidak diduga.
3. Keinginan utk mati syahid
- Peneguhan juga digunakan utk merangsang sasaran utk mati syahid.
- Hadith Nabi S.A.W:
Sesiapa yg meminta syahid dgn benarnya maka Allah kan menyampaikan hajatnya itu pada kedudukan mati syahid walaupun ia meninggal dunia di tempat tidur. (Hadith Mulim)
Bentuk-bentuk Peneguhan positif
- Peneguhan positif boleh dibahagikan kpd 5 kategori:
• Sesuatu yg boleh dimakan. Contoh makanan, minuman, buahan dll
• Berbentuk aktiviti spt berkelah, menonton, melancong dsb
• Manipulasi spt peluang melakukan sesuatu yg diminati, melukis, jumpa seseorang dll
• Pemilikan (possesional) – duduk tempat yg disukai, memiliki baju yg digemari, memiliki bilik sendiri dll
• Sosial – ekspresi muka, mengangguk, pujian, sentuhan dll.

Peneguhan Negatif
Peneguhan negatif mengelak rangsangan yg aversif serta menyakitkan akan mempengaruhi dan meningkatkan keberangkalian t.laku dan menghindarkan t.laku yg tidak dikehendaki. Peneguhan negatif mendorong sasaran kpd tingkahlaku yang dikehendaki dan merangsang sasaran sesuatu yg dilarang. Contoh; sekiranya anda merokok anda akan diberhentikan sekolah.. Peneguhan negatif digunakan utk merangsang sasaran utk mentaati apa yg diperintah oleh Allah, tidak derhaka, tidak tergolong dgn golongan yg jahat, tidak bersifat dgn sifat mazmumah dll.
JENIS –JENIS PENEGUHAN POSITIF
Peneguhan positif boleh dibahagikan kepada 5 kategori
- Boleh dimakan (consumable) – gula-gula, biskut, buah-buahan, makanan, minuman.
- Aktiviti – seperti menonton tv, membaca buku cerita.
- Manipulasi – peluang bermain dengan barang permainan yang diminati, melukis.
- Pemilikan (possessional) – duduk ditempat yang disukai, memakai baju yang digemari dan memilik bilik sendiri.
- Sosial – ekspresi muka seperti senyum, mengangguk; pujian, sentuhan dsb.

Pengurusan Cinta


Cinta merupakan fitrah dan anugerah Illahi yang amat istimewa dalam kehidupan seseorang insan. Berbicara mengenai cinta, tentunya tidak akan lepas dari perbincangan kita mengenai cinta monyet yang menghiasi dunia muda-mudi sekarang ini. Malah tidak keterlaluan untuk dinyatakan bahawa itulah perspektif masyarakat pada masa kini terhadap cinta. Hal ini kerana ramai di kalangan masyarakat khususnya remaja dan belia yang fana’ diulit perasaan cinta sudah terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral. Bila perasaan cinta membara dan subur tanpa mempunyai kefahaman dan penghayatan yang betul seseorang itu akan kecundang dan seterusnya tersungkur sehingga hilang hala tuju kehidupan. Gejala sosial yang terpapar di dada akhbar dan media elektronik saban hari kebanyakannya berpunca dari salah faham dan kegagalan menguruskan cinta dengan sempurna.
Permasalahan cinta adalah antara masalah yang kritikal dan dipandang serius oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Kecintaan yang palsu iaitu cinta yang sudah dicabuli oleh hawa nafsu syahwat semata-mata merupakan pembawa kepada kegiatan mungkar dan keji. Jesteru itu cinta sering dipergunakan untuk melunaskan nafsu syahwat dan kejahatan syaitan sahaja. Oleh hal demikian sebagai individu mukmin kita seharuslah peka mengenai konsep pencintaan ini supaya tidak terjerumus kedalam cinta palsu yang penuh dengan kekejian.
Cinta acap kali dikatakan merupakan penyebab kepada berlakunya gejala sosial pada masa kini. Mungkin disebabkan pemahaman cinta oleh masyarakat kini sudah terpesong oleh konsep kecintaan palsu bukan lagi cinta hakiki yang suci. Kegagalan masyarakat memahami apa itu erti cinta yang sebenar dan kegagalan dalam menguruskan cinta merupakan penyebabkan tanggapan masyarakat terhadap cinta adalah negatif. Pada hakikatnya cinta adalah suatu yang murni sekiranya cinta dapat diuruskan berlandaskan apa yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Selain itu juga kefahaman dan pengurusan cinta yang betul akan menjadi salah satu alternatif dan jalan dalam menangani gejala sosial yang berpunca dari cinta.



PENGURUSAN CINTA MENGIKUT ISLAM
Adakah Islam memusuhi dan membenci cinta? Sebenarnya tidak. Malah Islam memandang tinggi persoalan cinta yang merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Oleh hal demikian, Islam telah menetapkan konsep pencintaan manusia beberapa peringkat keutamaan yang tersendiri.
1. Cinta kepada Allah swt.
Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan manusia ialah cinta kepada Allah. Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat dikesan melalui cinta murni mereka kepada Pencipta. Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah. Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap. Sebagaimana maksud firman Allah swt dalam surah surah al-Baqarah ayat 165:

Maksudnya: (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu muslim lantaran kerana keagungan nilai dan ketelusan ihsan-Nya menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah swt tanpa pengabdian yang menjurus tepat kepada-Nya. Cinta Allah swt umpama satu anugerah yang tertinggi dan tidak mungkin sesiapa dapat memilikinya kecuali didahulukan dengan pengorbanan yang mahal. Cinta Allah swt adalah syarat utama untuk meletakkan diri di dalam barisan pejuang-pejuang kalimah Allah swt, sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Maidah ayat 54 yang bermaksud:
Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.

2. Cinta Kepada Rasulullah SAW dan para anbiya’
Apabila manusia berada di dalam kegelapan yang begitu kelam,maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah SAW. Maka adalah menjadi satu kewajipan kepada kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para ambiya’. Hal ini kerana kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah SAW. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut:

“ Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseoran maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: seseorang yang menyintai Allah dan RasulNya lebih daripada menyintai yang lain. Kedua, menyintai seseorang kerana Allah. Ketiga tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia tidak suka dicampakkan kedalam api neraka”
Namun dalam suasana kita sekarang yang begitu jauh dengan Rasulullah s.a.w dari segi masa atau waktu adakah tidak berpeluang lagi kita memberikan cinta kepada Rasulullah s.a.w? Sekalipun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita jauh di belakang, sesungguhnya cinta terhadap Baginda boleh dbuktikan melalui kepatuhan serta kecintaan terhadap sunnahnya. Oleh yang demikian, orang yang memandang hina malah mengejek-ngejek sunnah Rasulullah SAW tentunya tidak boleh dianggap sebagai orang yang menyintai Rasulullah s.a.w. selain itu juga cara untuk membuktikan bahawa bukti kecintaan kepada Rasulullah s.a.w adalah dengan berselawat keatasnya.
3. Cinta sesama mukmin.
Interaksi kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan pembuluh utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh. Cinta sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya. Hal ini kerana kedua ibubapalah yang telah melalui susah payah untuk membesarkan anak-anak mereka iaitu kita sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Israa’ ayat 24 yang bermaksud:
Maksudnya: dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang beriman sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w. firman Allah swt didalam surah al-Fath ayat 29 bermaksud:
Maksudnya: Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang Yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir Yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, Dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. tanda Yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang Yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan Ibadat mereka Yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka Yang tersebut di Dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di Dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman Yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi Kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya Dengan keadaan Yang mengkagumkan orang-orang Yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana Dengan perasaan marah dan hasad dengki - Dengan kembang biaknya umat Islam itu. (dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala Yang besar.

4. Cinta antara lelaki dan wanita
Tidak ada orang yang boleh mendakwa dirinya lari daripada mainan perasaan. Asal saja ia bernama manusia, maka sekaligus dirinya akan dicuba dengan mainan nafsu cinta. Sudah sejak azali lagi lumrah manusia ingin bercinta iaitu antara lelaki dan wanita. Tetapi adakah cinta ini dibolehkan didalam Islam? Cinta ini adalah sangat bahaya kerana dengan bermula dengan mainan mata yang tidak mempunyai sempadannya, ia kemudiannya diikuti dengan sahutan suara dan saling berhubung. Sampai peringkat tersebut, amat sukar sekali bagi pasangan cinta untuk tidak bertemu dan berdating sekaligus mendedahkan diri kepada aksi yang lebih hebat. Oleh kerana itulah, Islam dalam menjaga kesucian cinta dari dicemari oleh unsur-unsur nafsu meletakkan batasan pandangan seorang muslim dan muslimah. Sebagaimana dalam surah an-Nuur ayat 30 bermaksud:
Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan,
Betapa bahayanya cinta antara lelaki dan wanita ini. Pasangan yang bercinta akan hanyut dibuai gelora cinta yang membara tidak akan berupaya untuk berfikir secara waras lagi. Setiap detik, setiap saat tidak akan tenteram sekiranya tidak mendengar atau berjumpa dengan pasangan idaman hati. Seterusnya hati dihiasi dengan rayuan-rayuan syaitan yang seringkali mengajak ke arah melayan perasaan. Cinta sebegini adalah cinta yang keji yang hanya mahu memuaskan keghairahan diri masing- masing bukan kerana cinta pada seseorang adalah kerana Allah swt.
Oleh hal demikian altenatif atau jalan terbaik untuk memenuhi fitrah cinta manusia dan sekaligus mengatasi masalah ini adalah dengan ikatan perkahwinan. Hal ini kerana cinta antara lelaki dan wanita iaitu suami dan isteri dibolehkan. Percintaan sebelum perkahwinan adalah cinta palsu yang walaupun dihiasi dengan rayuan-rayuan halus namun ia adalah panggilan-panggilan ke lembah kebinasaan.
Sesungguhnya kekosongan cinta antara lelaki dan wanita sebelum perkahwinan secara zahirnya adalah penderitaan dan kesunyian yang begitu hebat, namun itulah hakikat cinta sejati kepada Allah. Andainya hati dihiasi dengan rayuan-rayuan syaitan yang seringkali mengajak ke arah melayan perasaan, maka hilanglah dengan menabur bakti kepada Islam sebagai medan jihad dan perjuangan.

Video marilah solat

video

Di negara kita tidak terdapat iklan sebegini.... yang ada iklan raya, merdeka dan yang berbagai lagi tu. walau sibuk cmna pon kita kenalah juga sembahyang kerana solat itu merupakan tiang agama kita. x kan 15 minit pun x boleh berikan untuk sembahyang.....

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”

~ Riwayat at-Tirmidzi

Kelebihan berpuasa sunat 6


Dari Abu Hurairah (r.a), Nabi bersabda:
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan 6 hari di bulan syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun"-ALBAZZAR

Sesudah mengharungi pelbagai dugaan pada bulan Ramadhan dan berjaya menjalankan ibadah puasa, umat islam sekali lagi diberikan peluang merebut ganjaran pada bulan kemenangan, iaitu di bulan Syawal ini dengan satu lagi peluang yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja untuk menambahkan pahala dan keberkatan di dunia iaitu dengan berpuasa enam.
Satu keistimewaan yang difahami dari sabda Nabi Muhammad itu ialah satu kebajikan dan peluang yang paling berharga disediakan kepada orang2 yang mengejar ni'mat dan kemurahan Allah taala sepanjang hidup terdapat pula di bulan syawal iaitu puasa enam hari di dalamnya.Ganjaran pahala diberikan oleh Allah taala kepada mereka yang berpuasa enam di bulan syawal ini ialah seperti ganjaran pahala kepada yang berpuasa setahun...

Diantara kelebihan2 puasa enam hari di bulan syawal ialah:

# puasa enam umpama sunat rawatib sesudah solat fardhu bagi menampung kekurangan puasa fardhu menjadi tanda diterima puasa ramadhan yang kita kerjakan

# sebagai tanda bersyukur kepada ni'mat yang diberikan di bulan Ramadhan seperti ni'mat kesihatan tubuh badan yang baik

# mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya

# memudahkan malaikat al-maut mencabut nyawa

Oleh yang demikian marilah kita merebut peluang yang ada dan mengerjakan puasa enam demi mendapatkan fadhilat2 yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredhaan-NYA jua...

salam aidilfitri untuk semua...

HUKUMAN KEPADA ORANG MURTAD



Gejala murtad yang dilakukan oleh seseorang itu perlu ditentang dan dihapuskan supaya tidak merebak kepada orang lain yang seterusnya menyebabkan ramai yang akan murtad. Orang murtad diatasnya dikenakan beberapa hukum iaitu, pertama: disuruh bertaubat, kedua: dihukum bunuh kalau tidak mahu bertaubat, ketiga: dirampas hartanya (ditarik hak milik harta), keempat: terputus hubungan suami isteri dan tidak boleh pusaka mempusakai antara suami isteri, ayah ibu dan anak-anak, kelima; penyembelihannya tidak halal dan pahala ibadatnya terbatal. Dibawah ini diterangkan hukum-hukum secara terperinci:

Pertama : Disuruh bertaubat

Apabila seseorang itu telah disabitkan dengan kesalahan murtad, dia perlu diberi nasihat dan kaunseling, juga disuruh bertaubat beberapa kali. Sekiranya dia dia mahu bertaubat setelah disuruh berulang kali dia mesti dibunuh. Tempoh masa yang diberikan supaya dia bertaubah semula mengikut jumhur ulama’ iaitu selama tiga hari tiga malam, terdapat hadis mengatakan dia diberi peluang bartaubat selama kira-kira dua puluh malam

Apabila seseorang murtad itu sedar dan mahu bertaubat serta mahu memeluk Islam semula, taubatnya diterima, dengan melalui beberapa perkara: Pertama, dia perlu mengucap dua kalimah syahadah semula. Kedua, dia perlu membuat pengakuan atau ikrar di atas apa yang dia ingkar yang menyebabkan dia menjadi kafir iaitu murtad, dan melepaskan diri daripada segala ajaran yang menyalahi agama Islam. Umpamanya jika dia murtad dengan sebab percaya adanya dua Tuhan atau mengingkari risalah Nabi Muhammad s.a.w., maka sewaktu bertaubat dengan mengucapkan dua kalimah syahadah, dia perlu membuat pengakuan yang Tuhan hanya satu bukan dua, dan mengaku memang betul dan benar bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi akhir zaman.

Kedua : Dijatuhkan hukuman bunuh

Apabila orang yang murtad tidak mahu bertaubat setelah dinasihatkan dan dikaunseling dalam masa tempoh yang ditentukan, maka tidak ada jalan lain dia mesti dijatuhkan hukum bunuh dengan segera dengan dipancung lehernya. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang menukar agamanya maka hendaklah kamu membunuhnya.”

Dari hadis di atas jelas bahawa orang yang murtad mesti dibunuh segera apabila dia enggan bertaubat. Hukum bunuh seperti di atas telah pun dijalankan oleh sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W., antaranya Abu Bakar r.a., Umar bin al-Khattab dan Ali bin Abu Talib r.a. sewaktu pemerintahan masing-masing.

Ketiga : Dirampas semua hartanya

Setelah disabitkan seseorang Islam itu murtad, maka segala harta miliknya perlu dirampas dari miliknya (ditahan hak milik terhadap harta itu) dan diletak dibawah pengawasan Ketua Negara atau wakilnya. Jika harta itu perlu diambil untuk urusan perbelanjaan dirinya sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, pihak kerajaan boleh mengambil dari hartanya sekadar perlu sahaja.

Sekiranya dia bertaubat memeluk Islam semula, harta tersebut perlu diserah balik kepadanya. Ini bererti harta tersebut masih dianggap hartanya cuma ditahan hak milik buat sementara. Tetapi sekiranya dia tetap tidak mahu bertaubat, bahkan dijatuhkan hukuman bunuh, maka harta tersebut menjadi milik kerajaan dikira semenjak dia mula-mula murtad lagi. Harta orang yang murtad tidak boleh dipusakai oleh waris-warisnya dan dia juga tidak boleh menerima harta pusaka dari waris-waris lain kerana diantara syarat untuk membolehkan seseorang menerima harta pusaka ialah waris tersebut sama-sama beragama Islam, sedangkan orang itu telah menjadi kafir. Sebagaimana Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Orang Islam tidak boleh mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak boleh mewarisi orang Islam.”

Keempat : Terputus hubungan suami isteri.

Orang murtad dianggap sebagai orang yang sudah mati, kerana dia akan dijatuhkan hukum bunuh apabila tidak mahu bertaubat. Sebab itu kalau sekiranya salah seorang suami atau isteri murtad maka pernikahan kedua-duanya terbatal walaupun begitu, kalau sekiranya yang murtad kembali bertaubat iaitu masuk Islam semula dalam masa 'idah isterinya belum habis maka kedua-dua bekas pasangan suami isteri tersebut dikira kembali seperti asal, tidak perlu kepada akad nikah baru. Tetapi kalau dia tidak bertaubat dalam masa 'idah masih belum habis, nikah tersebut dianggap terbatal. Kalau dia bertaubat iaitu kembali kepada Islam semula selepas habis 'idah, dia perlu diakad nikah semula dengan mas kahwin baru jika mahu meneruskan hubungan suami isteri yang sah. Selain itu orang murtad, pernikahannya tidak sah samada dia mahu berkahwin sendiri dengan orang lain atau dia mahu menjadi wali nikah untuk perkahwinan orang lain.

Kelima : Penyembelihan tidak halal dan segala pahala amalan ibadatbya terbatal.

Penyembelihan orang murtad tidak halal dan haram dimakan. Hukumnya sama dengan hukum penyembelihan orang kafir yang menyembah berhala. Kalau dia menganut agama ahli al-Kitab seperti menganut agama Kristian sekali pun penyembelihannya tetap haram. Selain itu pahala amalan soleh atau pahala ibadat yang dikerjakan - walau berapa banyak sekali pun - menjadi gugur dan terbatal, menjadi sia-sia.

Ini akan berlaku kalau sekiranya dia murtad secara berterusan sehingga mati dalam kufur. Tetapi kalau sekiranya dia bertaubat dan kembali kepada Islam semula, maka dia dituntut supaya mengqada'kan amal-amal ibadat seperti sembahyang, puasa dan zakat yang ditinggalkan sepanjang tempoh murtad tersebut. Ada pun haji yang dikerjakan sebelum murtad tidak perlu diqada'kan.

10 Wasiat Merawat Kehambaran Beribadah Selepas Ramadhan


Kebiasaannya apabila berada dalam bulan Ramadhan kita merasakan bersemangat untuk beribadah kepada Allah swt, lazat beribadah di dalamnya lain dari bulan yang lain, kita banyak membuat amalan sunat, membaca al-Quran, kita tidak meringan-ringankan solat dan berjaya menahan diri dari melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah swt. Sebaliknya apabila tamatnya Ramadhan, rasa lazat beribadah yang kita perolehi hilang entah kemana, kita tidak lagi bersemangat menunaikan amalan-amalan sunat, kemana perginya bacaaan al-Quran kita, solat sunat, memelihara lidah dan lain-lain ?


Di bawah ini mari kita kongsi bersama 10 wasiat daripada al-Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jibrin, salah seorang ulama dari Kerajaan Arab Saudi untuk terus kekal beribadah walau selepas Ramadhan, saya olehkan semula dalam bahasa saya:

1. Yang terpenting ialah memohon pertolongan daripada Allah swt menghidayahkan ketetapan/kekuatan dalam melakukan ketaatan kepadanya. Allah swt memuji orang-orang yang mendalam ilmunya yang berdoa dengan berkata:

Maksudnya : "Wahai tuhan kami, janganlah engkau pesongkan hati kami, setelah engkau mengurniakan hidayah kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-MU, sesungguhnya engkaulah maha pemberi (kurnia)." (ALi Imran : 8)

2. Banyakkan bersama orang-orang soleh dan berusaha menghadiri majlis-majlis ilmu dan menziarahi orang-orang soleh

3. Berusaha mengetahui sirah orang-orang soleh dari pembacaan, mendengar rakaman-rakaman kuliah terutamanya sirah para sahabat Nabi saw.

4. Memperbanyakkan mendengar rakaman-rakaman islamiyah yang boleh memberi kesan kepada diri seperti khutbah dan seumapanya dari masa ke semasa.

5. Bersungguh-sungguh menunaikan semua kefardhuan seperti solat 5 waktu, dan menunaikan puasa qadha jika ada, kerana dalam melaksanakan kefardhuan ini adanya kelebihan yang besar.

6. Berusaha melakukan amalan sunat yang telah melekat di hati walaupun sedikit, kerana amalan yang lebih disukai oleh ALlah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit seperti yang dinyatakan di dalam hadith Nabi saw.

7. Berusaha menghafal ayat-ayat al-Quran dan berterusan membacanya. Demikian juga berusaha membaca ayat-ayat yang dihafal itu di dalam solat-solat fardhu dan sunat.

8. Membanyakkan berzikir kepada Allah swt dan beristighfar, kerana sesungguhnya zikir dan istighfar ini adalah amalan kecil yang ada manfaat yang besar yang dapat menambah keimanan dan menguatkan hati.

9. Menjauhi sedaya mungkin semua yang boleh merosakkan hati seperti orang-orang jahat, rancangan-rancangan tv yang merosakkan, mendengar lagu yang merosakkan, dan majalah-majalah lucah.

10. Akhirnya al-Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jibrin berwasiat untuk bersegera bertaubat dengan taubat yang bersungguh-sungguh, kerana sesungguh Allah amat gembira dengan hambanya apabila mereka bertaubat.

Janganlah anda semua jadi seperti kaum yang tidak mengenali Allah melainkan dalam bulan Ramadhan, sesungguhnya al-Salaf al-Soleh berkata tentang orang-orang yang hanya mengenali Allah di dalam bulan Ramadhan: "Seburuk-buruk golongan ialah golongan yang tidak mengenali Allah melainkan dalam bulan Ramadhan."

Semoga Allah menjadikan kita termasuk dalam golongan orang yang soleh di dalam Ramadhan dan soleh juga di luar Ramadhan.