JIWA MENURUT IBNU RUSYD


Riwayat hidup
Nama lengkap ibnu Rusyd adalah Abu al-Walid Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Rusyd. Dilahirkan di kordoba pada tahun 520hijriah/1126 masehi di lingkungan keluarga kuno yang terkenal dengan penguasaan dalam bidang ilmu fiqih dan hukum. Ini kerana, abang dari pihak ayahnya termasuk salah satu tokoh fiqih mazhab Maliki dan pernah menjawat hakim agung, sedangkan ayahnya adalah hakim kota kordoba.

Ibnu Rusyd mempelajari pelbagai ilmu taradisional di zamannya, contohnya fiqih, usul fiqih, ilmu kalam, bahasa, sastera, ilmu pasti,kedoktoran, dan hikmah. Ideanya sangat cemerlang dan dia dikenal sangat cerdas, sehingga dapat menguasai semua ilmu yang pernah dipelajarinya. Selain itu dia juga sangat terkenal sebagai seorang yang dermawan dan berwawasan luas.

Ketika usianya mencapai 27 tahun, dia pergi ke Maroko dan melakukan kontak dengan Abdul Mukmin, raja pertama Dinasti Muwahidin. Lalu Raja Abdul mukmin meminta tolong kepadanya untuk membangunkan sekolah-sekolah dan lembaga-lembaga ilmu serta mengoganisasikannya. Pada saat ini, ibnu Rusyd mengenal keluarga Zuhr, iaitu dikalangan doktor yang terkenal dan memiliki hubungan yang baik dengan Abu Marwan bin Zuhr.

Jiwa dan daya-dayanya
Ibnu Rusyd mendifinisikan jiwa sebagai suatu kesempurnaan awal bagi tubuh yang bersifat alamiah dan mekanistik. Definisi sama dengan definisi dari Aristotle dan seluruh filosof Muslim terdahulu.

Ibnu Rusyd mengatakan, jiwa merupakan kesempurnaan awal untuk untuk membezakan dengan kesempurnaan-kesempurnaan yang lain yang berasal dari kumpulan perilaku dan emosi yang mengikuti kesempurnaan awal bersumberkan darinya. Makna kesempurnaan yan berbeza-beza sesuai dengan keseragaman bahagian-bahagian jiwa, seperti jiwa nutrisi atau jiwa tumbuh-tumbuhan, jiwa sensorik, jiwa khayalan, jiwa hasrat dan jiwa rasional. Daya-daya itu tidak sahaja berbeza dari segi tindakan tetapi berbeza juga dari segi topiknya.

Daya penyuplai makanan
Daya nutrisi adalah salah satu dari daya aktif. Ia menggerakkan makanan potensial dan mengubahnya dari keadaan potensial menjadi keadaan actual atau menjadikan makanan aktif dengan bantuan panas instinktif. Munculnya daya ini pada haiwan dan manusia tidak lain adalah untuk mempertahankan spesies keduanya, kerana jasad yang bernafas (atau haiwan dan tumbuhan) sangat lembut dan cepat rusak. Jika tidak ada kekuatan untuk mengganti bahagian tubuh yang rosak, maka mahluk yang bernafas tidak dapat bertahan dengan lama.

Daya lain yang dilekatkan pada daya nutrisi yang menjadi kesempurnaan dan gambaran bagi daya nutrisi, adalah daya tumbuh. Daya ini merupakan daya yang berfungsi menumbuhkan semua jaringan (anggota) disemua bahagian dan wilayah berdasarkan satu penisbatan ketika daya nutrisi menghasilkan makanan yang melebihi bahagian tubuh yang rosak.

Seterusnya, yang juga dilekatkan pada daya ini adalah daya generative. Daya ini merupakan daya yang bertindak terhadap makanan, sehingga menjadi bagiannya seperti karakter yang memiliki daya tersebut. Ia merupakan daya yang fungsinya beraksi terhadap potensi karakter dari jenis menjadi karakter aktur. Nutrisi hanya berfungsi sebagai bahagian dari karakter, dan daya ini diciptakan di segala sesuatu yang ia ada didalamnya, dan bukan dari sis keperluan seperti keadaan pada daya nutrisi dan daya tumbuh, tetapi dalam bentuk yang lebih utama agar makhluk memiliki kesempatan bertahan secara azali sesuai dengan tabiatnya.

Daya sensorik (indera)
Ibnu Rusyd mendefinisikan daya sensorik sebagai daya yang berfungsi menyempurnakan makna hal-hal yang bersifat inderawi; maksudnya, daya inderawi dalam kedudukannya sebagai makna-makna yang bersifat karakteristik. Makna kesempurnaan disini adalah bukanlah makna atau gambaran-gambarannya di dalam daya indera yang bebas dari materinya, tetapi dalam bentuk tertentu yang memiliki rujukan individual ke materi sehingga membuatnya menjadi makna individual. Daya indera beraksi dengan menggunakan alat-alat yang bersifat fisik dan merupakan alat panca indera, seperti perabaan,pengecapan, penciauman, pendengaran dan penglihatan.
Daya perabaan merupakan daya indeara yang utama dan boleh ada tanpa bergantung kepada daya-daya indera lain, seperti pada kerang laut, tetapi daya-daya lain bergantung kepadanya. Hal itu disebabkan kerana daya ini lebih penting bagi wujud haiwan berbanding daya-daya lain. Tanpa daya perabaan segala sesuatu yang bersifat ekstenal dapat menhancurkannya. Sedangkan daya pengecapan adalah sejenis perabaan. Haiwan menggunakannya untuk memilih makanan yang sesuai. Lalu, daya penciuman serupa dengan daya pengecapan, sebab haiwan menggunakannya juga untuk mengenak jenis makanan.

Ketiga daya ini sangat penting bagi eksistesi haiwan, sedangkan dua daya lainnya, pendengaran dan penglihatan ada pada haiwan sebagai suatu yang sekunder bukan suatu yang primer. Itu sebabnya, haiwan yang dikenal dapat bertahan hidup lama walaupun dalam keadaan buta.
Objek indera ada yang dapat ditangkap dengan satu indera, dan ada juga yang ditangkap secara kolektif atau lebih dari satu indera. Contoh objek indera tertentu yang dapat oleh satu indera adalah warna untuk mata, suara untuk pendengaran, rasa untuk pengecapan, bau untuk penciuman, panas dan dingin untuk perabaan. Sedangkan contoh untuk objek indera kolektif adalah gerak, diam, jumlah, bentuk dan ukuran.
Panca indera
Ibnu Rusyd membahas tentang panca indera, dan pada mulanya dia memulakan dengan membicarakan indera penglihatan.

1. Penglihatan
Daya penglihatan adalah daya yang berfungsi menerima berbagai makna marna secara bebas dari akal potensi, yang dari sisi apapun ia merupakan makna-makna yang bersifat individual. Daya penglihatan tidak mempersepsi selain dengan cahaya, ia mempersepsi melalui perantara transparansi, iaitu udara dan air yang terjadi padanya dengan objek inderanya.
2. Pendengaran
Daya pendengaran menangkap suara yang muncul diudara kerana benda-benda keras yang saling berbenturan, pendengaran seperti penglihatan tidak mengkap objek melalui metode persentuhan, tetapi mempersepsikan melaui perpindahan suara ditengah-tengah perantara, iaitu udara dan air. Persisnya dari sisi kecepatan udara dan air untuk bergerak, dan bertahan gerakan keduanya dalam waktu yang lama setelah berhentinya gerakan.
Ketika udara yang bergerak kerana bantuan dua benda keras sampai ke telinga, ia menggerakan udara yang ada ditelinga yang merupakan alat pendengaran sepertimana pendapat Aristotle.
3. Penciuman
Daya penciuman adalah daya yang menerima bau, dan bau terjadi akibat objek yang masuk kerana dibawa perantara ( air dan udara ) kedalam indera penciuman. Memang bau ada pada rasa, kerananya kita sering mendapatkan bau dari rasa. Kita sering juga menyebut bau dengan istilah-istilah rasa. Indera penciuman pada manusia lebih lemah berbanding bengan haiwan.
4. Pengecapan
Daya pengecapan adalah daya yang mempersepsi rasa, ia bagaikan rabaan, kerana ia hanya mempersepsikan objek dengan meletakkan dia atas alat indera pengecapan. Oleh kerana itu, Iskandar frodes memandang, sebagaimana pendapat Ibnu Sina, bahawa daya ini tidak memerlukan perantara seperti indera perabaan.
Ibnu Rusyd menyebut pendapat lain yang menyatakan bahawa ludah merupakan perantara yang memindahkan rasa ke indera pengecapan. Meski begitu, Ibnu Rusyd tetap mendukung pendapat Iskandar dengan mengatakan “lebih baik kita mengatakan bahawa ludah salah satu alat pengecapan berbanding mengatakannya sebagai perantara”.
5. Perabaan
Daya perabaan adalah daya yang mengalami kesempurnaan kerana berbagai hal yang dapat diraba, baik dalam bentuk primer seperti panas, dingin, lembab dan kering. Mahupun dalam bentuk objek sekunder yang bersumber dari objek primer seperti kekerasan dan kelembutan. Ibnu rusyd berkata “sesungguhnya meskipun perabaan mempersepsi berbagai hal yang kontradiktif tetapi ia merupakan daya”
Pendapat ini berbeza dengan pendapat Aristotle dan Ibnu Sina. Daya perabaan mengindera objek dengan sentuhan, kerananya ia tidak memerlukan perantara, seperti indera yang mempersepsikan objeknya dari kejauhan, seperti penglihatan , pendengaran dan penciuman. Ibnu Rusyd berbeza pendapat dengan Aristoteles yang mengatakan bahawa daging merupakan perantara kepada indera perabaan.
Ibnu Rusyd sependapat dengan Ibnu Sina yang berpendapat bahawa indera perabaan mengindera objeknya secara langsung tanpa perantara benda lain. Menurut Ibnu Rusyd, alat indera perabaan adalah daging. Dia berbeza dengan Aristoteles yang mengatakan bahawa aalat indera perabaan adalah hati, dan daging yang ada di badan adalah merupakan perantara bagi indera perabaan.
Ibnu Rusyd juga berbeza pendapat dalam hal ini dengan Ibnu Sina yang mengatakan bahawa alat indera perabaan adalah daging, kulit dan saraf yang tersebar diantara keduanya.

Indera kolektif
Kami telah menyebutkan bahawa objek indera adalah boleh bersifat khusus dengan satu indera dan boleh bersifat kolektif lebih dari satu indera, seperti gerak, diam, angka, bentuk dan ukuran. Ketika punca indera mengindera masing-masing dari hal itu dengan objek yang khusus, maka pasti ada daya yang mengindera objek kolektif yang berjumlah lebih dari satu.
Demikian pula, ketika kita juga mengindera perbezaan antara objek-objek indera yang khusush dengan punca indera, maka kita mempersepsi, sebagi contoh, apel memiliki warna, rasa dan bau. Apel merupakan kumpulan objek yang berbeza-beza. Oleh kerana itu kita pasti memiliki satu daya yang mempersepsi ketiga kualitas dan perbezaan diantara ketiganya. Adapun daya itu disebut indera kolektif.
Indera kolektif adalah indera yang bersifat internal yang mempelajari objeknya, sebagimana punca indera eksternal, secara bebas dari materinya. Ibnu Rusyd mengungkapkan sesungguhnya didalam indera kolektif terkandung satu daya yang memegang teguh dan memelihara jejak-jejak objek inderawi setelah ia menghilang.

Daya fantasi
Daya fantasi adalah indera batin yang mempersepsi objek indera setelah ia mehilang. Fantasi terjadi jika daya fantasi terus memegang jejak-jejak sisa dari objek indera dalam indera kolektif. Fantasi menjadi lebih sempurna dan jelas ketika indera sedang istirehat, contohnya pada situasi tidur.
Selain proses fantasi, sesungguhnya daya fantasi memiliki dua fungsi lain terhadap jejak-jejak sisa di dalam indera kolektif, iaitu menyusun dan memisahkan. Fantasi menyusun jejak-jejak objek satu sama lain atau memisahkannya satu sama lain, sehingga kita mengkonsepsi sesuatu yang belum pernah kita indera sebelumnya, sebagaimana konsep kita tentang setan dan lain sebagainya yang tidak ada di luar jiwa.
Ibnu Rusyd mengatakan, sesungguhnya pendapat yang mengatakan ada daya fantasi pada haiwan disebabkan adanya keinginan yang bersumber darinya jika gerakan mengiringi daya ini. Sebab, dengan daya fantasi yang diikuti keinginan yang kuat, makahaiwan bergerak mencari kenikmatan dan mengindari bahaya.

DAYA HASRAT
Menurut Ibnu Rusyd, sebagaimana filosof Muslim terdahulu, daya hasrat adalah daya yang dengannya, manusia akan cenderung pada sesuatu yang bermanfaat dan menghindari sesuatu yang berbahaya. Kecenderungan ini sekiranya ditujukan pada sesuatu yang nikmat yang disebut kerinduan, sedangkan jika ditujukan untuk membalas dendam ia disebut kemarahan, dan jika ditujukan berdasarkan pemikiran pula ia disebut ikhtiar atau keinginan. Kerinduan, kemarahan, dan keinginan merupakan bahagian-bahagian dari daya hasrat.
Daya ini selalu ada bersama fantasi atau logika. Maka khayal adalah merupakan sesuatu yang dapat memberikan kenikmatan atau berfikir tentangnya dapat menimbulkan kerinduan untuk mencarinya pada manusia itu; dan mengkhayalkan sesuatu yang menyakitkan atau berfikir tentangnya dapat menimbulkan hasrat untuk menjauhinya. Ketika daya hasrat bergerak kerana gambar-gambar yang dikhayalkan atau difikirkan, maka sesungguhnya ia mengerakkan sesuatu yang panas dan instinksif, sehinggalah ia mengerakkan semua alat gerak pada badan; dan inilah yang disebut dengan al-Ijma’.

DAYA RASIONAL
persepsi terdiri daripada dua jenis, iaitu persepsi yang bersifat individual dan persepsi yang bersifat total. Persepsi individual adalah persepsi makna di dalam hayuli ( akal petensi), seperti persepsi indera atau khayalan yang mempersepsi berbagai makna secara individual kerana ia berkaitan dengan hayuli. Sedangkan persepsi total adalah persepsi makna umum secara bebas dari hayuli. Daya yang mempersepsi berbagai makna total adalah daya rasional. Selain mempersepsikan makna total, daya rasional menjalankan dua fungsi, iaitu menyusun berbagai makna total satu sama lain atau memutuskan satu sama lain.
Berbeza dengan daya pula, daya indera dan daya fantasi yang ada pada manusia untuk menjaga keselamatannya dalam mengajar perkara yang bersifat inderawi atau menghindari sesuatu perkara - maka daya rasional yang ada pada manusia sesungguhnya bukan untuk keselamatannya, tetapi demi kewujudannya yang lebih utama. Oleh sebab itu, daya rasional dalam mempersepsi makna-makna total, mengabungkan antara satu sama lain, menyimpulkannya satu demi satu, dan melahirkan berbagai benda yang bermanfaat bagi keberadaan manusia serta melahirkan ilmu yang bersifat teori.
Oleh kerana itu, muncul pembahagian daya rasional iaitu kepada dua bahagian. Yang pertama disebut akal praktis dan yang kedua disebut akal teoritis.

AKAL PRAKTIS
Akal praktis adalah daya yang mempersepsikan objek yang rasional yang bersifat praktis dan dihasilkan melalui pengalaman serta berdasarkan indera dan khayalan. Kesempurnaan ini adalah dalam menciptakan berbagai gambaran fantasi iaitu dengan cara berfikir dan menyimpulkannya. Gambaran fantasi ini kadang-kadang ada padabanyak haiwan. Contohnya, kemampuan lebah membuat sarang berarsitek dan kemampuan labah-labah memintal talinya. Perbezaan pada manusia ialah ia merupakan hasil daripada berfikir sedangkan pada haiwan ialah merupakan hasil dari sifaf instink ( naluri semulajadi).
Akal praktis merupaka sumber emosi dan perasaan, kerana dengan inilah kita dapat mencintai dan membenci; kesimpulannya, akal praktis merupakan sumber semua kehebatan praktis. Hal itu adalah disebabkania bukanlah sesuatu yang melebihi wujud berbagai khayalan yang menjadi sumber gerakan manusia untuk melakukan berbagai tindakan atas dasar keinginan yang berhubungan dengan berbagai keutamaan praktis, contohnya cinta, persahabatan, keberanian, dan kepuasan. Wujudnya keutamaan-kutamaan ini bergantung pada pengiraan dan khayalan parsial yang harus dilakukan.

AKAL TEORITIS
Akal teoritis adalah daya yang mempersepsikan objek rasional yang bersifat total. Proses persepsi objek rasional total memiliki hubungan yang kuat dengan indera dan khayalan. Sebagaimana pendapat Ibnu Rusyd, kita terpaksa menginderakan atau memikir terlebih dahulu untuk mencapainya kemudian berkhayal, sehingga kita dapat mengambil makna yang total. Oleh itu, barang siapa yang sudah hilang satu indera maka ia akan kehilangan rasionalitas tertentu.
Orang buta yang tidak selalu dapat mempersepsikan warna dan dia tidak dapat mempersepsikanya. Selain itu, orang yang tidak dapat menginderakan benda-benda tertentu, maka ia tidak akan memiliki makna rasionalnya, sebagaimana pendapat orang buta tentang gajah. Bukan itu sahaja, dua daya tersebut memerlukan daya menghafal; dan indera itu terjadi secara berulang-ulang kali, sehinggalah makna total atau umum akan muncul. Itulah sebabnya, makna-makna rasional akhirnya hanya dapat dicapai dalam waktu atau tempoh yang lama.
Oleh hal demikian, persepsi objek rasional yang bersifat umum atau total sangat bergantung pada gambar-gambar indera dah khayalan yang kita miliki. Sekiranya tidak, maka kita akan memikirkan banyak hal tanpa perlu menginderakan atau mengimaginasikan, dan belajar merupakan proses mengingat sebagaimana pendapat plato.
Makna total( gestalt) ialah tidak memiliki wujud di luar jiwa – sebagaimanana pendapat plato – wujud di luar jiwa tetapi hanyalah berupa benda-benda sahaja.

OBJEK RASIONAL
Persepsi objek rasional, dari padangan Ibnu Rusyd terdiri daripada beberapa tahap. Terdapat tiga tahap iaitu
i- AKAL POTENSI (AL-AQL AL-HAYULANI)
Akal hayulani adalah akal yang berpotensi. Ia merupakan persiapan jiwa untuk mempersepsikan objek rasional. Sebenarnya ia adalah persiapan untuk gambar khayalan kepada gambar yang bersifat rasional. Akal yang aktiflah yang mengubah imaginasi khayalan menjadi sesuatu yang bersifat rasional, sedangkan akal hayulani yang menerima objek rasional tersebut.
ii- KEKUASAAN AKAL (AL-AQL BILMALAKAH)
Keitika objek rasional muncul pada akal hayulani secara sebenar, lantaran itu manusia memikirkan bila-bila sahaja, maka sesungguhnhya akal pada saat itu disebut akal bilmalakah. Ia adalah merupakan kesempurnaan akal hayulani. Tahap utama dari kesempurnaan dan perantara dari potensi murni akan menjadi aksi murni.
Ketika akal mencapai kesempurnaannya yang terakhir, ia tidak hanya memikirkan objek rasional tetapi memikirkan naluri dirinya juga. Ia juga selalu berhubung dengan akal aktif. Tahap persepsi seperti ini adalah tahap akal mustafad. Ia adalah kesempurnaan, keutuhan, dan akal yang kekuatannya tertumpu pada akal hayulani. Tetapi yang mengubah potensi yang ada didalamnya secara sebenar adalah akal aktif. Keseimpulannya, akal mustafad adalah tingkat kesempurnaan manusia yang tertinggi.
iii- AKAL AKTIF (AL-AQL AL-FA’AD)
Seseungguhnya objek rasional tidak berubah dari potensi menjadi aksi, kecuali dengan ada pengaruh dari penggerak yang mengubahnya dari potensi menjadi aksi. Adapun penggeraknya adalah akal aktif. Akal aktif ada secara sebenar, baik ketika kita kita memikirkannya mahupun ketika tidak memikirkannya. Pengaruh akal aktif terhadap akal hayulani adalah seperti pengaruh matahari terhadap penglihatan. Mata tidak melihat berbagai warna kecuali jika cahaya matahari menyinarinya. Demikian juga , akal hayulani tidak memikirkan gambar-gambar selain yang bersifat rasional kerana pengaruh cahaya akal aktif.
Dari sini, pendapat Ibnu Rusyd berbeza dengan pendapat filosof Muslim terdahulu mengenai akla aktif ini. Para filisof Muslim terdahulu menganggap akal aktif sebagai substansi yang terpisah, iaitu akal kesepuluh darai rangkaian akal. Sedangkan Ibnu Rusyd berpendapat bahawa akal aktif sebagai substansi yang terpisah dari sisi hakikatnya, ia juga merupakan gambaran akal hayulani dari sisi aksinya. Menurut Ibnu Rusyd, akal aktif memiliki hubungan substansial dengan jiwa yang mengambarkan hubungan gambar dengan materi.

KESATUAN JIWA
Jiwa memiliki berbagai fungsi yang menjadi dasar dari berbagai daya psikik. Daya-daya ini tidak berdiri sendiri, tetapi membantu antara satu sama lain, kerana semuanya beroperasi dalam satu kesatuan yang saling melengkapi. Ibnu Rusyd menyebutkan bahawa ada tahapan alamiah antara berbagai fungsi daya psikik.
Ibnu Rusyd mengungkapkan tahapan itu dengan pendapatnya bahawa sesungguhnya diantara jiwa-jiwa itu terdapat hubungan dari sisi wujud dan ilmu. Adanya hubungan dari sisi wujud, kerana setiap fungsi dari daya psikik dianggap syarat atau dasar materi bagi fungsi yang berikutnya dan dalam waktu yang bersamaan dianggap sebagai kesempurnaan dan gambaran bagi fungsi yang ada dibawahnya. Contohnya, indera bukan sahaja dianggap sebagai syarat materi prioritas dalam proses persepsi rasional, tetapi ia juga dianggap sebagai kesempurnaan dan gambaran bagi fungsi yang lebih rendah, seperti fungsi nutrisi dan fungsi partumbuhan, sedangkan ada hubungan dengan ilmu lantaran tidak ada khayalan tanpa indera dan tidak ada fikiran tanpa khayalan. Ertinya khayalan dan indera merupakan dua syarat penting dalam proses persepsi rasional.
Dari perbahasan ini dapat diketahui idea Ibnu Rusyd tentang kesatuan jiwa dapat diketahui, iaitu bahawa setiap daya psikik melayani yang ada diatasnya. Dan dalam waktu yang bersamaan merupakan kesempurnaan bagi daya psikik yang ada di bawahnya. Dasar pemikiran itu sama dengan yang digunakan seluruh filisof Muslim terdahulu dalam menetapkan kesatuan jiwa dimana mereka rata-rata dipengaruhi oleh idea-idea Aristotle.

TEORI PENGETAHUAN
Ibnu Rusyd berpendapat seperti Aristotle bahawa dasar pengetahuan manusia adalah indera. Indera mempersepsikan gambar-gambar objeknya dalam bentuk potensi atau materi. Kemudian daya fantasi menyimpan gambar-gambar itu dengan cara yang bebas dari materi,tetapi tidak membebaskannya secara total dari kaitan-kaitan materinya. Setelah itu akal mempersepsikan makna-makna keseluruhan dengan membebaskannya dari pelbagai hal yang bersifat inderawi dan fantasi. Jadi menurut In=bnu Rusyd, pengetahuan berawal dari indera menuju ke akal atau berawal dari hal-hal yang berkaitan kemudian meningkat menjadi total(gestalt).
Dalam pandangan Ibnu Rusyd, totalitas tidak memiliki wujud yang berdiri sendiri di luar jiwa. Pendapatnya sama dengan pendapat plato, sebagaimana yang kami sebutkan sebelumnya. Totalis hanyalah ada pada bahagian-bahagiannya atau pada entitas-entitasnya, atau pada karakteristik-karakteristiknya yang ada diluar. Oleh kerana itu, Ibnu Rusyd pernah berkata “ barangsiapa yang kehilangan salah satu inderanya maka dia akan kehilangan hal-hal yang rasional”.
Ibnu Rusyd mengkritik al-Farabi dan Ibnu Sina yang menyatakan bahawa wujud gestalt berdiri sendiri di luar jiwa dan memberi gambar-gambar pada akal aktif, serta menyatakan bahawa pengetahuan tentang objek rasional yang bersifat gestalt memancar dari akal yang aktif menuju akal manusia. Ibnu Rusyd juga mengkritik metod kaum sufi yang memandang bahawa manusia boleh berhubungan dengan alam luhur dan memperoleh pengetahuan darinya tanpa melalui ilmu, penelitian, dan penalaran.

One response to “JIWA MENURUT IBNU RUSYD”

hero said...

hehe ape ni moden muslim brain...tukaqler....

Post a Comment